Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan telah mengadakan Majlis Mengibarkan Bendera ASEAN bersempena dengan Hari ASEAN pada jam 6.00 petang, 8 Ogos, 2011 di perkarangan Suruhanjaya Tinggi.
Majlis Mengibarkan Bendera ASEAN tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei Darussalam serta semua perwakilan negara-negara ASEAN di Bandar Seri Begawan.
Majlis dimulakan dengan upacara menaikkan bendera ASEAN bersebelahan bendera Malaysia sambil para hadirin menyanyikan lagu ASEAN diikuti dengan ucapan oleh TYT Dato’ Abdullah Sani Omar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam. Para hadirin kemudiannya menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan.