Mission News

MAJLIS MENGIBARKAN BENDERA ASEAN

19 October 2011 1 views

 

 


Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan telah mengadakan Majlis Mengibarkan Bendera ASEAN bersempena dengan Hari ASEAN pada jam 6.00 petang, 8 Ogos, 2011 di perkarangan Suruhanjaya Tinggi.

 

Majlis Mengibarkan Bendera ASEAN tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei Darusssalam serta semua perwakilan negara-negara ASEAN di Bandar Seri Begawan.   

 

Majlis dimulakan dengan upacara menaikkan bendera ASEAN bersebelahan bendera Malaysia sambil para hadirin menyanyikan lagu ASEAN diikuti dengan ucapan oleh TYT Dato’ Abdullah Sani Omar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam. Para hadirin kemudiannya menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan.

 

Ketika Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu ASEAN

TYT Dato Pesuruhjaya Tinggi Berucap

Tetamu Yang Hadir

 

 TYT Bersama Tetamu

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back