Mission News

MAJLIS PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN KELANTAN

27 October 2022 1 views
Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra, Tengku Bendahara Kelantan, sebagai wakil Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan telah mengurniakan Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (D.K.) kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah pada 24 Oktober 2022. YAM Tengku Bendahara turut mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) kepada Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi semasa Majlis berkenaan.
 
Keberangkatan YAM Tengku Bendahara Kelantan ke Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah kebesaran tersebut yang berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Hijau Baiduri diiringi oleh TYT Raja Dato' Reza, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Mufti Negeri Kelantan dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Kelantan serta pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar.
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back