TYT Dato’ Raja Reza, pada 12 September 2022, telah menghadiri Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Brunei Darussalam yang akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) MSN ke-20 yang akan berlangsung dari 16 - 24 September 2022 di Kuala Lumpur . Majlis berkenaan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis yang berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan turut dihadiri oleh Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian berkenaan, Jawatankuasa Tertinggi Pemilihan dan Penilaian atlet serta persatuan-persatuan sukan kebangsaan.
Pada edisi SUKMA kali ini, Kontinjen Brunei yang dianggotai seramai 39 orang akan menyertai 5 acara sukan iaitu renang, karate, pentaque, pencak silat dan wushu.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




