Mission News

Majlis Perpisahan buat Puan Izdzatun Nasyiah Mustafa, Setiausaha Ketiga (Admin. & Akaun)

30 July 2018 1 views

Bandar Seri Begawan, 31 Julai 2018 – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam hari ini telah mengadakan satu Majlis Perpisahan buat Puan Izdzatun Nasyiah Mustafa, Setiausaha Ketiga (Admin. & Akaun) yang akan menamatkan perkhidmatan beliau di Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan kembali  bertugas di Kementerian Luar Negeri , Putrajaya pada 4 Ogos 2018.  Puan Izdzatun telah berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia selama lebih tiga tahun.  Beliau akan digantikan oleh En. Mohd Ridduan Mohd Nor, Setiausaha Kedua (Admin. & Akaun).

 

Majlis Perpisahan dan Mengucapkan Selamat Datang ini telah dihadiri oleh semua Home Based Staff dan semua Kakitangan Ambilan Tempatan Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Pejabat Tourism Malaysia di Bandar Seri Begawan.

 

Majlis telah dimulai dengan doa dan ucapan oleh Kuasa Usaha Sementara di ikuti dengan ucapan oleh Setiausaha Kedua dan seterusnya ucapan oleh Puan Izdzatun Nasyiah Mustafa.  Selesai semua ucapan, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah –hadiah sebagai kenang-kenangan daripada semua HBS, Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Pejabat Penasihat Pertahanan.  Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

 

Berikut adalah antara gambar yang telah diambil semasa majlis berlangsung.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back