Satu Majlis Perpisahan meraikan Encik Zakaria Ambak, Setiausaha Ketiga (Konsular) yang akan bersara wajib telah diadakan pada 15 Januari 2016 di Canseri, Suruhanjaya Tinggi Malaysia. Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Suruhanjaya tingi Malaysia di kalangan HBS dan LRS.
Dalam majlis tersebut, Cik Haznah Md Hashim, Kuasa Usaha Sementara mengucapkan berbanyak terima kasih serta selamat maju jaya kepada Encik Zakaria Ambak yang telah mempamirkan prestasi cemerlang dan memberikan komitmen yang tinggi di sepanjang perkhidmatan beliau di Bandar Seri Begawan.
Kuasa Usaha Sementara juga mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan salam perpisahan dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh semua HBS dan LRS kepada beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi serta Kuasa Usaha Sementara di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan.