Satu Majlis Perpisahan untuk TYT Pesuruhjaya Tinggi, TYT Datuk Ag Sahak Ag Salleh telah diadakan bertempat di Canseri, Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada 25 September 2015, sempena TYT Pesuruhjaya Tinggi yang menamatkan tugas pada 30 September 2015. Majlis dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan.
Satu Majlis Sending-Off untuk TYT Pesuruhjaya Tinggi di kalangan Ketua-Ketua Perwakilan ASEAN di Bandar Seri Begawan yang turut dihadiri oleh para pegawai Suruhanjaya Tinggi juga telah diadakan di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia pada 30 September 2015.
Semua pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada TYT Datuk Ag Sahak Ag Salleh dan Datin serta sentiasa mendoakan kesejahteraan yang berpanjangan untuk beliau dan keluarga.