Mission News

MAJLIS RESEPSI HARI MALAYSIA

19 October 2011 1 views

 



Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan telah mengadakan Majlis Resepsi sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2011. Majlis Resepsi tersebut berlangsung antara jam 4.00 petang hingga 6.00 malam di Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan dihadiri oleh seramai 300 orang tetamu terdiri daripada rakyat Malaysia yang bermastautin di Brunei Darussalam serta ahli-ahli perniagaan Malaysia yang menjalankan perniagaan di Brunei Darussalam.

 

Majlis bermula dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku serta Jalur Gemilang. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, TYT Dato’ Abdullah Sani Omar seterusnya memberikan ucapan dan diikuti dengan penyampaian sijil kepada enam pelajar Malaysia yang cemerlang di dalam peperiksaan di pelbagai peringkat termasuk rendah, menengah dan pra-universiti.  

 

Para hadirin seterusnya menjamu selera dengan pelbagai juadah termasuk nasi beriyani, roti canai, mee soto, mee goreng dan kuay teow goreng.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back