Mission News

MAJLIS RESEPSI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-54

19 October 2011 1 views



Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan telah mengadakan Majlis Resepsi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-54 pada 27 September 2011. Majlis Resepsi tersebut berlangsung antara jam 7.00 hingga 9.30 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Barakas, Bandar Seri Begawan dan dihadiri oleh seramai 300 orang tetamu.

 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Pendidikan telah hadir sebagai Tetamu Kehormat bagi mewakili Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Majlis tersebut turut dihadir oleh para diplomat asing, pegawai kanan Kerajaan Negara Brunei Darussalam, ahli korporat serta sebilangan rakyat Malaysia.   

 

Majlis resepsi dimulakan dengan Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara, Negaraku and Allah Peliharakan Sultan. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, TYT Dato’ Abdullah Sani Omar kemudiannya memberikan ucapan diikuti dengan persembahan audio daripada Tourism Malaysia.

 

TYT Dato’ Abdullah Sani Omar seterusnya menjemput Tetamu Kehormat dan semua Ketua Perwakilan ASEAN untuk upacara memotong kek.

 

Para hadirin seterusnya menjamu selera dengan pelbagai juadah termasuk nasi beriyani, laksa kari, nasi impit, satay, kuah kacang, roti jala, kari ayam, rojak, kambing, karipap dan kuih-muih.

 

Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Labuan.    

 

Penari dari Perbadanan LabuanDato TYT bersama Tetamu Kehormat Menteri Pendidikan Brunei

 

TYT Dato Ketika Menyampaikan UcapanTYT Ketika Menyampaikan Ucapan

Para Hadirin Menikmati JamuanTYT Dato dan Datin Bersama Ahli PERWAKILAN

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back