Mission News

Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

18 April 2024 1 views
Pada 14 April 2024, TYT Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dan isteri YBhg. Datin Roslina Ismail telah menghoskan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di kediaman rasminya di Rumah Malaysia, Bandar Seri Begawan.
 
Majlis telah dihadiri oleh tetamu-tetamu kenamaan antara lain YB Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN); YB Menteri Hal Ehwal Ugama; YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II; YB Menteri Kesihatan; YB Menteri Pembangunan; YB Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan; dan YB Timbalan-Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Turut hadir adalah YB Ahli-ahli MMN; Ketua-ketua Perwakilan Asing di Brunei; dan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Korporat seperti Brunei Shell Petroleum, Baiduri Bank, TAIB, DST, Progresif dan Mitsubishi Corporation.
 
Majlis Rumah Terbuka ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh TYT Pesuruhjaya Tinggi bersempena sambutan Aidil Fitri yang penuh keberkatan dan merupakan suatu wadah demi mengeratkan hubungan dengan barisan kepemimpinan Negara Brunei Darussalam.
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back