Pada 21 April 2024, Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Bangunan Canseri bagi meraikan kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama-sama diaspora Malaysia di Negara Brunei Darussalam.
Majlis tersebut dihadiri lebih 500 orang warganegara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat yang menetap di Brunei. Pelbagai juadah tradisi Hari Raya turut disajikan untuk pengunjung dan kesempatan berkumpul dimanfaatkan dengan ramah mesra antara satu sama lain demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Majlis Rumah Terbuka ini merupakan acara tahunan anjuran STM dan merupakan suatu pendekatan berterusan untuk merapatkan jalinan persaudaraan rakyat Malaysia di Brunei dengan didasari tekad bersatu padu serta hidup dengan aman dan harmoni.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





