Isnin, 10 Jun 2019, Bandar Seri Begawan - Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri oleh Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia telah diadakan hari ini di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau lebih di kenali sebagai ‘ Rumah Malaysia’. Jemputan yang terdiri dari tetamu-tetamu kehormat hadir bersama memeriahkan lagi majlis ini.
Antara tetamu istimewa yang hadir ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ini.




