Mission News

Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Tinggi Malaysia meriah

06 November 2006 1 views

Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Tinggi Malaysia meriah

 

 

Oleh Siti Rahmah Haji Abdul Mutalip

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di negara ini bukan sahaja dapat dirasakan oleh warga tempatan bahkan juga terasa kemeriahannya oleh warganegara luar yang berada di negara ini.

 

Walaupun Hari Raya hampir memasuki minggu kedua, suasana dan kemeriahannya masih dapat dirasakan oleh semua terutama dengan adanya majlis rumah terbuka yang diadakan bukan sahaja di rumah bahkan setiap jabatan dan pejabat termasuk pejabat-pejabat suruhanjaya tinggi.

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam hari ini mengadakan Majlis Rumah Terbuka bertempat di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Jalan Kebangsaan, Berakas.

 

Majlis meriah itu dihadiri oleh warga Malaysia yang berada di negara ini dari keempat-empat daerah di Brunei Darussalam.

 

Majlis itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan silratulrahim di kalangan warga Malaysia di negara ini di samping memeriahkan lagi suasana hari raya walaupun menetap jauh dari negara sendiri.

 

Turut hadir di majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Ali Abdullah dan isteri.

 

 

~~ Media Permata, 6 November 2006.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back