Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berlangsung di Bandar Seri Begawan pada 15 dan 16 Julai 2023.
Pada 15 Julai 2023, Majlis Sambutan dimulakan dengan Istiadat Perbarisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Sambutan diteruskan dengan Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Bintang-bintang Kebesaran di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman. Majlis Persantapan sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-77 telah berlangsung pada 16 Julai 2023 di Dewan Persantapan, Istana Nurul Iman.
Hadir sebagai tetamu khas Baginda Sultan ke Majlis Sambutan pada tahun ini daripada Malaysia adalah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah dan isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan isteri turut hadir sama pada Majlis Sambutan kali ini.
Pada sambutan tahun ini, Baginda Sultan telah berkenan mengurniakan Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama (PSLJ) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri kepada Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak. Majlis Sambutan tahun ini telah berlangsung dengan penuh gemilang dan dihadiri oleh Kerabat-kerabat Diraja, Tetamu-tetamu khas Baginda Sultan, Orang-orang kenamaan, Duta-duta Asing serta Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







