Mission News

Malam Deklamasi Puisi

07 May 2024 1 views
Pada 6 Mei 2024, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan buat julung kalinya telah menganjurkan Malam Deklamasi Puisi di Bangunan Canseri bersempena dengan ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.
 
Majlis ini telah menyaksikan 21 individu daripada pelbagai latar belakang menyampaikan deklamasi puisi hasil karya sasterawan tersohor di Nusantara. Pembaca puisi terdiri daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing; Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Pegawai Kanan Kerajaan Brunei; Pemimpin Korporat; Personaliti TV; sasterawan dan penggiat seni. Turut berangkat hadir, YAM Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra serta YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah binti DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.
 
Malam Deklamasi Puisi ini dipelopori demi memupuk rasa cinta terhadap khazanah puisi serta melestarikan keindahan budaya dan bahasa Melayu. Suruhanjaya Tinggi Malaysia bertekad untuk terus mengangkat martabat puisi sebagai satu cabang kesusasteraan Melayu yang meneroka alam kesenian penggunaan bahasa di persada dunia.
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back