Mission News

Malaysia Kitchen Launched in Brunei

31 December 2008 1 views

Malaysia Kitchen Launched in Brunei

 

THE Malaysia Kitchen, a concept created to promote and generate a demand for Malaysian cuisine throughout parts of the world, was launched in Brunei last night.

Minister of Culture, Youth and Sports Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Hj Ahmad Hj Jumat was on hand to launch the ceremony, together with local dignitaries, diplomats and corporate leaders at the Rizqun International Hotel.

The Malaysia Kitchen, according to Malaysian High Commissioner to Brunei Dato' Ku Jaafar Ku Shaari, is an innovative programme to attract international demand for Malaysian cuisine developed by the Malaysian government under the Ninth Malaysia Plan.

The concept, adopted by Malaysian restaurants operating under the "Malaysia Kitchen" logo all over the world, complements the expected increase seen in the global demand for the country's agricultural produce and agro-based products, said the High Commissioner.
 

He said that the programme aims to better position Malaysian export of agricultural produce and agro-based products through the setting up of a strategic network of Malaysian restaurants and retail outlets abroad.

The whole concept is based on a comprehensive development of the entire value chain of activities from farm to table, while showcasing Malaysia's rich multicultural heritage and cuisine of Malay, Chinese, Indian, Nyonya, Portuguese and Borneo origin, he said.

The programme which is implemented by five local restaurants in Bandar Seri Begawan, will be focusing on introducing the Brunei community to a mixture of Malaysian multi-ethnic as well as regional food platter within the next two days.

The ceremony at the Songket Ballroom was made to resemble a food court, and began with the launch of the food promotion programme by the minister followed by an exchange of gifts and souvenirs between the minister, the high commissioner and their spouses.

The minister and guests were then led to sample the entire spread of Malaysian delicacies offered by the five local restaurants according to their respective culinary specialties.

Malaysian fruits and processed foods courtesy of the Federal Agricultural Marketing Authority of Malaysia was also part of the range of Malaysian delicacies offered to the guests.



Lima restoran tempatan sertai promosi 'Dapur Malaysia'

GADONG, Sabtu, 27 Disember.- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam melahirkan penghargaan atas penyertaan lima restoran tempatan di Bandar Seri Begawan dalam Promosi Dapur Malaysia (Malaysia Kitchen) yang dilancarkan di Songket Ballroom, Hotel Rizqun Antarabangsa, di sini.

PESURUHJAYA Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam,Tuan Yang Terutama Dato? Ku Jaafar Ku Shaari semasa berucap pada Majlis Pelancaran Promosi Dapur Malaysia. (Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman.)

Promosi yang disertai Royal Brunei Catering, Arthini Café and Catering, Penang Kayu Nasi Kandar, Aneka Rasa Restaurant and Catering dan The Rizqun Coffee House itu menghidangkan beraneka jenis masakan Malaysia seperti masakan Melayu, China, India, masakan sebelah Utara,Selatan dan Timur Semenanjung Malaysia.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara ini, Tuan Yang Terutama Dato? Ku Jaafar Ku Shaari menyampaikan penghargaan tersebut pada Majlis Pelancaran Promosi tersebut malam ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan Pelancaran Promosi Dapur Malaysia, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Ahmad bin Haji Jumat dan isteri, Datin Hajah Masnah binti Haji Tuah.


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat dan isteri, Datin Hajah Masnah binti Haji Tuah ketika hadir pada Majlis Pelancaran Promosi Dapur Malaysia. (Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman.)

Menurut Pesuruhajaya Tinggi Malaysia, program itu merupakan satu sejarah dan petanda baik kerana Dapur Malaysia dilancarkan buat pertama kali di Bandar Seri Begawan.

Konsep Dapur Malaysia katanya terdapat di merata dunia di mana restoran-restoran Malaysia beroperasi di bawah logo Dapur Malaysia yang di inisiatifkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah rancangan Malayisa ke-9.

Program anjuran Kementerian Pelancongan dan Unit Perancangan Ekonomi Malaysia itu juga dihasratkan untuk mengetengahkan dan mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa di samping mengalakkan pembukaan restoran Malaysia di luar negeri.

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat ketika melancarkan Program Promosi Dapur Malaysia (Malaysia Kitchen) berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Rizqun Antarabangsa. (Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman.)

Selain dari itu jelas Dato? Ku Jaafar, Dapur Malaysia juga dihasratkan untuk mengetengahkan ekspot produk pertanian dan barangan berasaskan produk agro melalui rangkaian strategik restoran-restoran dan kedai-kedai runcit di luar negara.

Promosi Dapur Malaysia dibukakan kepada orang ramai bermula dari 28 hingga 30 Disember 2008 di kelima-lima restoran tempatan tersebut dan restoran-restoran Malaysia yang beroperasi di negara ini.

Share:
Link copied to clipboard
Back