Mission News

Malaysia Prihatin – Sumbangan Untuk En. Latip Bin Ajak

21 December 2018 1 views

Kuala Belait, 22 Disember 2018 – Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah membuat Lawatan Konsular ke Wad 3, Hospital Suri Seri Begawan di Kuala Belait yang terletak 117km dari Bandar Seri Begawan.  Lawatan oleh Pn. Rafedah Abd. Aziz, Kuasa Usaha Sementara dan En. Mohd Ridduan Mohd Nor, Setiausaha Kedua adalah untuk menziarah En. Latip Bin Ajak, seorang warga negara Malaysia yang sedang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

 

Kuasa Usaha Sementara sebagai wakil telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai sebanyak BND4,460.00 bagi melunaskan baki bil rawatan En. Latip.  Sumbangan ini telah diterima daripada Persatuan Warganegara Malaysia (PWM), Brunei. Suruhanjaya Tinggi Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para budiman yang telah menyumbang dalam membantu insan yang memerlukan.

 
 

Pn. Rafedah Abd. Aziz, Kuasa Usaha Sementara melawat Encik Latip Bin Ajak di Wad 3, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

 

 

 
 
Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia En. Mohd Ridduan Mohd Nor, Setiausaha Kedua menerima sumbangan daripada pihak Persatuan Warganegara Malaysia (PWM) yang diwakili oleh En. James Lee, Pengerusi Persatuan Warganegara Malaysia.
 
 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back