Mission News

Malaysians celebrate Agong's birthday

09 June 2009 1 views
The Malaysian community in Brunei celebrated the birthday of the Yang Di-Pertuan Agong of Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah at a reception held at the Malaysian High Commission yesterday evening. Malaysian High Commissioner to Brunei, Dato' Ku Jaafar Ku Shaari attended the reception as guest of honour accompanied with some 300 Malaysians living and working in the Sultanate.

 

The event began with a choir singing performance by officers and staff of the high commission, who sang with the crowd to the patriotic tunes of Negaraku, Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang and Malaysiaku Gemilang. Following the choir performance, the Malaysian pledge was recited by the crowd.

 

The high commissioner reminded the Malaysians in Brunei in his speech to always uphold a positive image of their country and to always abide by the law enforced in a foreign country in line with the country's slogan "Mesra Rakyat", or roughly translated as "friendly people".

 

As an addition to the celebration, a traditional Malay dance called Zapin was performed by the children of the Malaysian High Commission staff.

 

Dato' Ku Jaafar went on to inform the guests that in honour of the Yang Di-Pertuan Agong of Malaysia's birthday, the high commission had organised various activities. Amongst them was the Agong Cup Badminton Championship which was held from May 27 to 30 and the Agong Bowling Championship held on June 2.

 Courtesy of The Sunday Times

 

 

Sambutan Hari Keputeraan SPB Yang Di-Pertuan Agong

 

BERAKAS, Sabtu, 6 Jun. - Sebagai rakyat Malaysia kita diingatkan agar sentiasa berpegang teguh kepada suatu prinsip yang cukup penting iaitu ?Kesetiaan Kepada Raja dan Negara?, yang merupakan prinsip kedua rukun negara.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato? Ku Jaafar Ku Sahari berkata, ?Dengan berpegang teguh kepada prinsip inilah maka perpaduan dan keamanan di negara kita dapat dikekalkan?.

TYT menjelaskan perkara tersebut sewaktu berucap di Majlis Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke XIII di Dewan Serbaguna, Suruhanjaya Tinggi Malaysia malam tadi.

 

Tambah TYT lagi, kita juga perlu sedar bahawa kerap kali terdapat pihak-pihak dari dalam dan luar yang cuba mengambil kesempatan dan cuba meleraikan perpaduan yang telah kita pupuk selama ini dan kita juga tidak boleh leka dan berpuas hati dengan keadaan yang sedia ada.

?Kita harus berusaha menyemai semangat perpaduan di kalangan kita agar lebih erat dan kukuh, walaupun kita tidak berada di tanahair sendiri?, terang TYT.

TYT seterusnya mengingatkan kepada semua warga rakyat Malaysia yang ada di Negara Brunei Darussalam agar menjaga nama baik Malaysia dengan mematuhi undang-undang, peraturan, adat resam serta sensitiviti masyarakat tempatan, di samping memberikan sumbangan tenaga dan bakti di sini di dalam profesion masing-masing.

TYT juga mengingatkan agar kesemua warga rakyat Malaysia menghindari dari perbuatan yang menyalahi undang-undang kerana hukuman yang amat berat menanti para pesalah.

?Para pemimpin tinggi Brunei Darussalam kerap kali memberikan maklumbalas yang baik mengenai sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh rakyat Malaysia untuk pembangunan Negara Brunei Darussalam?, kata TYT.

Kami di Suruhanjaya Tinggi Malaysia tambah TYT, sentiasa ingin mendampingi dan menawarkan sesuatu yang baik untuk rakyat Malaysia di Brunei, selaras dengan konsep ?Mesra Rakyat? yang sedang diamalkan oleh kerajaan.

Majlis resepsi yang dihadiri oleh sebilangan rakyat Malaysia yang bekerja di negara ini adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII (Ketiga Belas) Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada hari ini.

Majlis pada malam tersebut dimulai dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia serta bacaan ikrar Rukun Negara.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah Kejohanan Badminton Piala Agong dan Kejohanan Bowling Piala Agong.

Ihsan- Pelita Brunei

Share:
Link copied to clipboard
Back