Mission News

Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan terima kunjungan hormat Ketua Menteri Melaka

12 May 2010 1 views

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Pehin Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad Haji Jumat hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Turut sama dalam kunjungan hormat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Melaka serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam.

Kunjungan hormat itu bertujuan bagi menyampaikan jemputan kepada Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan bagi menghadiri pembukaan dan penutupan rasmi Sukan Malaysia SUKMA XIII selain aktiviti mempromosikan sukan itu yang akan berlangsung 10 hingga 19 Jun 2010 nanti.

Turut hadir ke majlis itu hari ini Setiausaha Tetap KKBS (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) Dato paduka Haji Jemat Haji Ampal, Setiausaha Tetap KKBS (Kebeliaan dan Kesukanan) Dato Paduka Haji Abdul Hamid Haji Jaafar dan Pemangku Setiausaha Tetap KKBS (Kebeliaan dan Kesukanan) Haji Mohamad Haji Abdul Rahman.

Brunei akan menyertai 13 daripada 33 acara sukan yang dipertandingkan sejak menyertai sukan berkenaan yang pertama di Pahang Darul Makmur pada tahun 1996.

 

 

 

(Media Permata, 5 Mei 2010)

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back