Mission News

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN WARGANEGARA MALAYSIA KALI KE-23

20 December 2021 1 views

TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Warganegara Malaysia (PWM) ke-23 pada pagi 19 Disember 2021 yang diadakan secara maya.

 

Dalam ucapannya, TYT Dato' menghargai kerjasama berterusan yang telah diberikan oleh PWM kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia serta komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh PWM dalam menyokong inisiatif Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam menangani COVID-19 di negara ini. Beliau juga memuji peranan dan penglibatan ahli-ahli PWM dalam menyumbang kepada kemajuan negara ini khususnya dalam sektor ekonomi dan bidang-bidang lain di Negara ini.

 

TYT Dato' selaku penaung PWM berharap kerjasama erat ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan di masa hadapan demi manafaat bersama terutamanya kepada rakyat Malaysia di Negara Brunei Darussalam.

 

 
 
 
 
 

 

 
Share:
Link copied to clipboard
Back