Mission News

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN BANDAR SERI BEGAWAN

19 February 2024 1 views
Pada 23 Januari 2024, PERWAKILAN Bandar Seri Begawan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2024 yang dirasmikan oleh TYT Raja Dato’ Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam selaku Penasihat PERWAKILAN Bandar Seri Begawan. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Roslina Ismail, Pengerusi PERWAKILAN Bandar Seri Begawan. Mesyuarat tersebut menyaksikan pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu PERWAKILAN Bandar Seri Begawan serta membincangkan agenda dan program PERWAKILAN sepanjang tahun 2024.
 
PERWAKILAN merupakan persatuan wanita Kementerian Luar Negeri yang dinaungi oleh isteri Menteri Luar Negeri dan menyokong peranan Kementerian serta Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara dalam mengangkat martabat dan nama Malaysia di persada dunia.
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back