Usaha untuk mendampingi rakyat Malaysia di Negara Brunei Darussalam sentiasa menjadi antara keutamaan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan.
Pada 22 September 2021, TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah dan pegawai-pegawai STM telah mengadakan mesyuarat secara maya dengan sebuah lagi persatuan rakyat Malaysia di Negara Brunei Darussalam iaitu Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS). Mesyuarat ini merupakan pertemuan kali pertama semenjak ketibaan TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah ke Negara Brunei Darussalam. Pihak PKMS diwakili oleh Yang Di-Pertua nya iaitu Tuan Haji Shahadan Abdol serta ahli-ahli jawatankuasanya.
Selain merupakan sesi suai kenal serta penerangan mengenai PKMS yang ditubuhkan pada tahun 1965, mesyuarat yang diadakan turut membincangkan perancangan aktiviti bersama STM dan PKMS yang boleh memberi manafaat kepada 'Keluarga Besar' Malaysia di Negara Brunei Darussalam.
STM merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli PKMS di atas sesi interaktif ini dan mengharapkan agar jalinan kerjasama sedia ada yang erat antara STM dan PKMS akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang.
![]() |
![]() |

