Pada hari Ahad, 27 Ogos 2017, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Negara Brunei Darussalam atau MOFAT, telah mengadakan Hari Keluarga MOFAT bersempena dengan sambutan ASEAN Ke-50 Tahun. Hari Keluarga ini telah diadakan di Taman Jubilee Perak, Bandar Seri Begawan.
Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini telah dimulakan dengan acara senamrobik yang disertai oleh semua yang hadir. Selepas itu acara sukaneka diadakan untuk kanak-kanak dan dewasa. Cabutan bertuah diadakan secara berperingkat-peringkat menambahkan lagi kemeriahan Hari Keluarga ini.
Acara kemuncak adalah acara tarik tali bagi kategori Ketua Perwakilan vs. Pegawai Tertinggi MOFAT, Pasangan Wanita Kedutaan Asing vs. Pegawai Wanita MOFAT dan Para Pegawai Lelaki Kedutaan Asing vs. Pegawai Lelaki MOFAT. Keriuhan sorak beramai-ramai menghangatkan lagi suasana.
Majlis Hari Keluarga ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pihak terutamanya daripada perwakilan-perwakilan asing di Negara Brunei Darussalam.
Di samping bersukan, perwakilan asing negara-negara ASEAN telah membuka booth untuk mempromosikan produk pelancongan dan makanan negara masing-masing. Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan kerjasama semua HBS dan LRS telah menyumbangkan makanan secara ‘potluck’. Antara makanan yang dihidangkan kepada para tetamu secara gratis ini ialah nasi lemak, bingka keladi, kuey teow goreng, popia, cempedak goreng, cucur badak, kek gula hangus, sandwich telur, kulapis, karipap, nugget ayam, tart coklat, tart cheese dan lain-lain lagi. Turut dihidangkan ialah minuman teh tarik, minuman berkarbonat, cordial sarsi dan air mineral. Semua juadah habis dinikmati oleh tetamu yang hadir di booth Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Berikut adalah antara gambar-gambar semasa majlis berlangsung |
Para Pegawai Tertinggi MOFAT dan Ketua-Ketua Perwakilan Asing serta orang ramai mengambil tempat sebelum acara senam robik dimulakan.
|
Pintu Gerbang ke kawasan Hari Keluarga dihias indah.
|
Acara senamrobik dimulakan.
|
Antara HBS dan LRS di booth Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
|
Antara juadah yang dihidangkan kepada para tetamu.
|
Para tetamu memilih juadah pilihan mereka seawal jam 8.00 pagi.
|
Acara Tarik Tali Kategori Ketua-Ketua Perwakilan Asing vs. Pegawai Tertinggi MOFAT
|
Acara Tarik Tali Kategori Pegawai Lelaki Perwakilan Asing vs. Pegawai Lelaki MOFAT.
|
Acara Sukaneka sedang berlangsung.
|
Para VIP menyaksikan pertandingan sukaneka yang sedang berlangsung.
Antara medal yang menjadi buruan semua peserta.