PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA DIRAIKAN DENGAN MAKAN MALAM
GADONG, 16 Ogos - Delegasi 20 orang pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam Malaysia yang berada tiga hari di negara ini bagi rangka Program Pertukaran Lawatan Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Awam kedua-dua negara, di raikan dalam Majlis Jamuan Makan Malam di Jerudong Polo and Country Club di sini.
Majlis Makan Malam di berikan oleh Setiusaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.
Rombongan pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan.
Dalam perlawanan golf persahabatan kedua negara pada sebelah petang tadi di Empire Golf and Country Club Jerudong telah di juarai oleh pasukan Negara Brunei Darussalam dengan memperolehi 345 mata. Manakala pasukan Malaysia jatuh tempat kedua dengan meraih 267 mata.
Hadiah Piala Pusingan di sampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan kepada ketua pasukan Negara Brunei Darussalam, Setiusaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri Dato Paduka Mustappa Haji Sirat.
Manakala hadiah naib juara dalam perlawanan itu jatuh kepada Malaysia yang di sampaikan oleh Setiusaha Tetap JPM Dato Paduka Mustappa Haji Sirat kepada Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek.
Di majlis itu juga di selajurkan dengan penyampaian cenderamata kenangan kedua-dua negara.
Antara objektif program itu adalah untuk sama-sama bertukar pandangan dan pendapat di antara pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam kedua negara, di samping mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia ada.
Ehsan Pelita Brunei