Pengurniaan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) kepada Encik Hamdan Munir, pemandu Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan telah disempurnakan pada 28 September 2010 oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi, Encik Agus Salim Yusof.
Encik Hamdan berusia 55 tahun berasal dari Sarawak dan sekarang telah mendapat taraf penduduk tetap di Brunei Darussalam. Beliau telah berkhidmat selama lebih 25 tahun, menjadi pemandu kepada 11 orang Pesuruhjaya Tinggi. Diatas khidmat bakti yang cemerlang maka beliau dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Encik Hamdan juga pernah menerima Pingat Jubli Perak dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1992. Tahniah diucapkan!