Mission News

PERASMIAN KONGRES PERPADUAN NEGARA 2021

20 December 2021 2 views

TYT Dato’ Raja Reza Raja Zaib Shah pada 18 Disember 2021 menyertai Majlis Perasmian Kongres Perpaduan Negara 2021. Majlis perasmian yang diadakan secara maya ini disempurnakan oleh YAB Dato Sri’ Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.

 

Kongres Perpaduan Negara 2021 adalah anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) dengan kerjasama erat Kementerian Perpaduan Negara serta Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kongres ini adalah bertujuan membuka ruang percambahan pemikiran rentas agama, akademik dan kepakaran untuk menilai semula perjalanan, perpaduan serta membentuk mekanisme dalam menangani isu-isu perkauman dalam skrip baharu sesuai dengan situasi semasa.

 

 
 
 
 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back