Pada 4 Oktober 2021, TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah telah mengadakan sesi perbincangan dengan Pegawai-pegawai Kanan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) iaitu Prof. Liyanage Chandratilak De Silva (Dekan Sekolah Sains Digital), Dr. Juliana Haji Zaini (Dekan Fakulti Teknologi Berintegrasi), Dr. Sabrina Daud (Pengarah Pejabat Perhubungan Global) dan Puan Irmawati Hj. Ahmad (Timbalan Pengarah Pejabat Perhubungan Global).
Perbincangan pertama antara TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah dengan UBD ini menjurus kepada usaha-usaha untuk meneroka kerjasama antara Universiti-universiti di Malaysia dan juga UBD khususnya di dalam bidang sains dan teknologi.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan mengalu-alukan cadangan UBD untuk meneroka potensi kerjasama bersama universiti-universiti di Malaysia dan akan membantu membuka ruang bagi merealisasikan perkara ini.
![]() |
![]() |

