Mission News

PERTEMUAN DENGAN PENGGIAT SENI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

11 December 2021 1 views

Dalam usaha untuk merancakkan  Diplomasi Budaya seperti digariskan di dalam Kerangka Dasar Luar Malaysia, TYT Dato’ Raja Reza Raja Zaib Shah pada 10 Disember 2021 telah mengadakan pertemuan dengan Kris Karmila, seorang penggiat seni di Negara Brunei Darussalam. Kris Karmila juga adalah pengasas  Kris Karmila Kreations yang aktif mempromosikan kebudayaan dan kesenian di negara ini.

 

Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dalam mempromosikan Bahasa Melayu, kebudayaan dan juga kesenian oleh Malaysia dan Brunei Darussalam. Kris Karmila telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk melipatgandakan usaha mempromosi kebudayaan termasuklah perancangan  mengadakan Malam Puisi dan juga Pertandingan pantun di antara universiti awam di Negara Brunei Darussalam.

 

 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back