Mission News

Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca 2018

27 February 2018 1 views

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 Februari. - Pesta Buku Brunei dan Karnival Budaya Membaca 2018 sedang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas sehingga 8 Mac depan.

 

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Pesta Buku Brunei dan Karnival Budaya Membaca 2018 adalah merupakan projek tahunan DBP bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 dan projek ini diserap ke dalam kalendar Pesta Buku Negara ASEAN.

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia turut sama memeriahkan majlis dengn membuka booth yang mempromosi bahan bacaan pelancongan yang mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia.  Selain dari penyertaan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, terdapat lima (5) wakil Malaysia yang menyertai karnival tersebut :

 

  1. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
  2. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  4. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  5. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

 

Sepanjang ia dijalankan, pelbagai kegiatan pengisian telah dirancang, antaranya ialah Buku Jendela Dunia, Cabaran Ria Bacathon, Dengar dan Fahami Cerita, Kuiz Kenali Negara Kitani, Permainan Tabu, Susur Bahasa, Sahiba Jawi, Pesta Pantun Nusantara, Spelling Bee, Bengkel Fonik dan Lancar Baca.

 

Ia dibuka bagi kunjungan orang ramai bermula dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam dan pada Jumaat pula, dari pukul 9.00 hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 10.00 malam.

 

Berikut adalah antara gambar yang diambil semasa karnival berlangsung.

 

 
 
 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back