Sebagai sebahagian daripada usaha bagi mempromosi Diplomasi Budaya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan Pesta Pantun Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pada 18 dan 20 Oktober 2022.
Pertandingan akhir Pesta Pantun ini telah berlangsung pada 20 Oktober 2022 bertempat di Pusat Kesenian Pro Canselor UBD yang menyaksikan pasukan UBD dinobatkan sebagai johan setelah menewaskan pasukan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Johan menerima wang tunai BND 800.00, piala iringan dan sijil beserta Piala Pusingan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia. Selaku Tetamu Kehormat, TYT Raja Dato' Reza telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dan cenderahati kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan Pesta Pantun pada kali ini. Turut hadir menyaksikan pertandingan akhir adalah Dr. Hazri Haji Kifle, Naib Canselor UBD, Tuan Suip Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP, Dr. Arman Haji Asmad, Pemangku Rektor UNISSA, pegawai-pegawai kanan UBD dan DBP, pegawa-pegawai STM, pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar IPT di negara ini.
Pesta Pantun antara pelajar-pelajar IPT ini adalah cetusan idea STM untuk mengeratkan lagi kerjasama sedia ada di antara Malaysia dan Brunei Darussalam khususnya dalam memartabatkan Bahasa dan Kebudayaan Melayu di persada antarabangsa.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |









