Mission News

PESTA PANTUN ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 2023

23 October 2023 1 views
Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Dewan Bahasa Pustaka, (DBP) Brunei telah menganjurkan Pesta Pantun antara institusi pengajian tinggi Negara Brunei Darussalam 2023 pada 9,10 dan 12 Oktober 2023. Pesta Pantun 2023 merupakan kesinambungan kepada Pesta Pantun 2022 yang dipelopori oleh STM dan merupakan sebahagian daripada usaha STM dalam merancakkan Diplomasi Budaya sejajar dengan Kerangka Dasar Luar Malaysia.
 
Kemuncak akhir Pesta Pantun 2023 telah berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Brunei yang menembungkan kumpulan pemantun daripada UNISSA dan juara bertahan Universiti Brunei Darussalam (UBD). Hadir selaku tetamu kehormat ialah Tuan Dr Hj Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan Brunei. Johan Pesta Pantun 2023 iaitu pasukan UBD telah membawa pulang piala pusingan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berserta wang tunai BND 1,000.
 
TYT Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam selaku penaung dan individu yang mencetuskan idea penganjuran Pesta Pantun menyatakan harapan agar pesta ini dapat terus menjadi landasan kreatif untuk golongan belia mendalami seni tradisi budaya pantun serta supaya belia dapat menjadi pewaris yang senantiasa mempertahankan keindahan budaya dan bahasa Melayu di persada dunia. Sebanyak lima pasukan telah mengambil bahagian dalam Pesta Pantun tahun ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back