Mission News

Program Malaysia Prihatin – Kempen Derma Darah

08 October 2018 1 views

 

Bandar Seri Begawan, 8 Oktober 2018 – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Program Malaysia Prihatin – iaitu kempen derma darah dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Program ini telah diadakah di Dewan Serbaguna Suruhanjaya Tinggi Malaysia.  Ramai penderma telah sama-sama menjayakan kempen derma darah ini antaranya ialah rakyat Malaysia yang berada di Negara Brunei Darussalam dan Kakitangan Suruhanajaya Tinggi Malaysia.  Sebanyak 7200ml darah telah didermakan.

 

Berikut adalah antara gambar yang diambil semasa majlis berlangsung.

 
 
 
 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back