Program Masak Bubur Lambuk Anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan PERWAKILAN Bandar Seri Begawan
Sabtu, 11 Mei 2019 - Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Negara Brunei Darussalam bersama PERWAKILAN Bandar Seri Begawan telah mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan bertempat di Rumah Malaysia.
Program ini turut disertai oleh rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar dari University Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang telah bersama-sama berganding bahu menyediakan sekitar 750 bekas bubur lambuk. Bubur lambuk tersebut telah diagih-agihkan kepada sepuluh buah masjid di sekitar Bandar Seri Begawan, keluarga STM dan juga kepada rakyat Malaysia yang telah hadir.






