Mission News

Program Pertukaran Lawatan Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Brunei Darussalam dan Malaysia Kali Ke-16 Tahun 2017

15 May 2017 1 views

Program Pertukaran Lawatan Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Brunei Darussalam dan Malaysia Kali Ke-16 Tahun 2017 telah diadakan di Bandar Seri Begawan pada 12 - 14 Mei 2017.  Seramai 34 Pegawai Kanan dari Malaysia telah hadir, diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Malaysia.  

 

Pelbagai program telah dijalankan antaranya Sesi Taklimat oleh Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam bertajuk 'Wawasan 2035 dan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam', Sesi Lawatan Pasangan Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam di ketuai oleh YBhg Puan Sri Datuk Rohani Abdullah, Isteri kepada YBhg. Tan Sri KSN, Perlawanan Bowling Persahabatan dan Perlawanan Golf Persahabatan.

 

YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dan isteri, YBhg. Puan Sri Datuk Rohani Abdullah serta Delegasi Malaysia telah sudi untuk melawat Suruhanjaya Tinggi Malaysia Bandar Seri Begawan dan seterusnya menjamu selera makan tengah hari.

 

Berikut adalah antara gambar-gambar semasa majlis berlangsung.

 

Sesi Kunjungan Rasmi YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Malaysia ke atas Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

 

 

 

YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Malaysia menyampaikan Ucapan Balas.

 

 

 

YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Malaysia menyampaikan ucapan beliau semasa Majlis Makan Malam Rasmi yang telah dihoskan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

 

 

 

Para Pemenang bergambar dengan trofi masing-masing.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

Delegasi Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Brunei Darussalam Bergambar di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Brunei Darussalam

 

 

 

YBhg. Puan Sri Datuk Rohani Abdullah, Isteri kepada YBhg. Tan Sri KSN mengetuai rombongan ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

 

 

 

Perlawanan Bowling Persahabatan Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam - Malaysia di iBowl Utama Bowling, Bandar Seri Begawan.

 

 

 

Ketibaan YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Malaysia ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia Bandar Seri Begawan di sambut oleh TYT Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.

 

 

 

Majlis Makan Tengah Hari di Dewan Serbaguna Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan.

 

 

 

Majlis Makan Tengah Hari sedang berlangsung.

 

 

 

Delegasi Malaysia menjamu selera

 

 

 

Antara Delegasi Malaysia yang hadir Majlis Makan Tengah Hari di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back