Kepada Penjawat Awam Kerajaan Malaysia dan pelajar sepenuh masa (serta pasangan) di Negara Brunei Darussalam yang telah memohon untuk mengundi melalui pos, Kaunter Penyerahan Sampul Undi Pos akan dibukakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 28 April 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 am – 6.00 pm
Tempat : Dewan Serbaguna,
Suruhanjaya Tinggi Malaysia,
Bandar Seri Begawan
Suruhanjaya Pilihan Raya melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia ada menyediakan kemudahan penghantaran melalui Karung Khas Undi Pos. Tarikh dan masa terakhir untuk memasukkan kertas undi ke dalam Karung Khas Undi Pos adalah seperti berikut :
Tarikh : 28 April 2013 (Ahad)
Masa : 6.00 pm
Selaras dengan Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya, sila bawa dokumen perakuan diri berupa passport Malaysia atau kad pengenalan Malaysia. Sampul Undi Pos tidak akan dapat diserahkan sekiranya dokumen pengenalan diri tidak disertakan. Dokumen pengenalan diri selain dari passport Malaysia atau kad pengenalan Malaysia tidak akan diterima.
Dengan Arahan
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia