Rakaman Hari Raya Aidilfitri Bersama Radio Televisyen Brunei.
Isnin, 27 Mei 2019 - Sesi rakaman menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan bersama Radio Televisyen Brunei (RTB) telah diadakan di Rumah Malaysia. Semua HBS dan keluarga hadir dengan pakaian raya yang indah dan ceria bagi memeriahkan suasana. Program rakaman di mulakan dengan takbir raya diikuti dengan ucapan hari raya. Setelah selesai proses rakaman, semua HBS dan pihak RTB telah sama-sama berbuka puasa dan menikmati juadah yang disediakan secara bersama oleh HBS. Kebanyakkan juadah merupakan juadah-juadah isitimewa yang biasanya dihidangkan dipagi hari raya. Rakaman tersebut akan disiarkan pada 1 Syawal nanti.

