Sambutan Hari Keluarga 2017 Negara Brunei Darussalam telah berlangsung pada 7 Mei 2017. Sambutan besar-besar seluruh negara ini dipenuhi dengan aktiviti riadah bersama ahli keluarga antara lain aktiviti berbasikal dan sukaneka.
Para pegawai dan Keluarga Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah dijemput untuk sama-sama hadir dan menyertai 'Kayuhan Keluarga Harmoni' yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Berikut adalah antara gambar-gambar yang diambil semasa majlis berlangsung.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan untuk berangkat menyertai 'Kayuhan Keluarga Harmoni' dan aktiviti riadah keluarga.
Antara peserta dari Malaysia yang turun hadir dan mengambil bahagian.