Semangat Keluarga Malaysia di Brunei Darussalam disemarakkan apabila lebih 100 orang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha dan Program Korban bertempat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) pada 10 Julai 2022. Penganjuran majlis ini adalah kerjasama antara STM, Persatuan Kebajikan Melayu Se- Malaysia (PKMS) dan komuniti Malaysia di negara ini termasuk syarikat-syarikat korporat.
Majlis dimulakan dengan alunan takbir Raya sebelum diteruskan dengan gotong royong melapah daging korban. Daging-daging berkenaan kemudiannya diagihkan kepada orang ramai oleh TYT Dato’ Raja Reza dan isteri.
Di dalam majlis ini, kakitangan STM dan keluarga turut berganding bahu menyediakan juadah jamuan Hari Raya yang begitu sinonim di Malaysia untuk para tetamu.
Semoga ibadah korban rakyat Malaysia di Brunei pada tahun ini diterima dan diberkati Allah SWT.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |






