Mission News

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 1432H

02 December 2011 1 views



Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan telah mengadakan sambutan Aidiladha di perkarangan Suruhanjaya Tinggi pada 7 November 2011, dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Melayu SeMalaysia (PKMS) dan PERWAKILAN. Sambutan tersebut dihadiri oleh seramai 250 orang tetamu terdiri daripada rakyat Malaysia yang bermastautin di Brunei Darussalam.

 

Program sambutan dimulakan dengan alunan takbir serta solat Aidiladha di Dewan Serbaguna, Suruhanjaya Tinggi Malaysia diikuti dengan jamuan ringan.

 

Sempena sambutan Aidiladha, rakyat Malaysia di Brunei Darussalam termasuk kakitangan Suruhanjaya Tinggi telah mengorbankan 3 ekor lembu.

 

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, TYT Dato’ Abdullah Sani Omar kemudiannya mengagihkan daging korban tersebut kepada para hadirin. Sebahagian daripada daging korban diagihkan kemudiannya kepada anak-anak yatim di Sarawak melalui Majlis Agama Islam Limbang.

 

Para hadirin seterusnya menjamu selera dengan pelbagai juadah termasuk sup daging dan barbeque yang disediakan secara gotong royong oleh kakitangan Suruhanjaya Tinggi, PKMS dan PERWAKILAN. 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back