Mission News

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2018

12 October 2018 1 views

 

Bandar Seri Begawan, 13 Oktober 2018: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan Malawakil Brunei Fun Bowl bersempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2018 pada hari Sabtu, 13 Oktober 2018 di Aman Hil Bowling Centre, Bandar Seri Begawan.   25 orang pemain yang merupakan Home-Based Staff (HBS) dan Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) bersama keluarga masing-masing telah terlibat dalam menjayakan acara ini.

 

Sukan bowling ini dipilih untuk sambutan HSN 2018 kali ini kerana ianya merupakan salah satu acara sukan riadah yang dapat melibatkan pemain di semua peringkat umur dan berlangsung dengan semangat kesukanan dan kekeluargaan.  Sambil beriadah untuk kesihatan, semua yang telah dapat menjalinkan ukhuwah silaturrahim. 

 

Berikut adalah antara gambar yang telah diambil semasa acara berlangsung.

 
 
 
 
 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back