SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA ANJUR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 26 Okt 2008 - Orang ramai terutama warga Malaysia hari ini berkunjung ke kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan lagi acara rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Dato Ku Jaafar Ku Shaari mengadakan rumah terbuka itu yang bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang dan turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duta-duta, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan para jemputan lain.
Ketibaan para jemputan di alu-alukan oleh Dato Ku Jaafar dan isteri Datin Zakiah Dato Haji Alias.
Ehsan Media permata
PRINCE SUFRI AT MALAYSIAN HI-COM RAYA
Bandar Seri Begawan, Sunday, 26 Oct 2008 - HRH Prince Hj Sufri Bolkiah yesterday attended a Hari Raya event organised by the Malaysian High Commissioner to Brunei Dato Ku Jaafar at the latter's official residence. Photo shows HRH in a group photo with guests and high commission staff.
Courtesy of Borneo bulletin