Dalam rangka menggiatkan Diplomasi Budaya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan kini aktif mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan di Brunei Darussalam. Pada 31 Januari 2022, TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah telah mengadakan pertemuan bersama Tuan Haji Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei Darussalam. Turut hadir semasa pertemuan ini adalah Puan Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai DBP.
Kedua-dua pihak berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi. TYT Dato' Raja Reza juga menyatakan hasrat Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak DBP dalam menganjurkan program bertujuan untuk mempromosikan Bahasa dan kebudayaan Melayu. Memandangkan Malaysia dan Brunei Darussalam berkongsi Bahasa dan kebudayaan yang sama, pihak DBP mengalu-alukan cadangan ini dan senada dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia agar kedua-dua negara meningkatkan usaha untuk mempromosi Bahasa dan Kebudyaan Melayu.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada ketika ini dalam usaha untuk bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan di negara ini untuk menganjurkan program bagi mempromosi dan memartabatkan Bahasa Melayu.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



