Pada tanggal 31 Ogos 2023, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan telah mengadakan upacara tradisi menaikkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 yang bertemakan ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.
Upacara tahunan ini telah mendapat sambutan lebih daripada 250 orang rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang. Upacara dimulakan dengan menaikkan bendera Jalur Gemilang diiringi lagu Negaraku dan dua buah lagu patriotik lain, sebelum diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara serta ucapan oleh TYT Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.
TYT Raja Dato’ Reza dalam ucapan beliau telah menyatakan harapan agar semangat patriotisme dan cintakan tanah air terus kekal subur di sanubari rakyat Malaysia di Brunei. TYT Raja Dato’ Reza juga berharap supaya jalinan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia dapat terus diperkukuhkan dengan mendasari tekad untuk bersatu padu serta hidup dengan aman dan harmoni. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi ramah mesra.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |









