Mission News

UPACARA MENAIKKAN JALUR GEMILANG

01 September 2022 1 views
Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan pada 31 Ogos 2022 telah menganjurkan Upacara Menaikkan Bendera Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 bertempat di perkarangan Canseri. Semangat Keluarga Malaysia di Brunei jelas kelihatan di kalangan rakyat Malaysia apabila mereka tiba awal pagi ke majlis ini. Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’. Sekitar 150 orang rakyat Malaysia di negara ini terdiri daripada pelbagai latar belakang hadir memeriahkan majlis ini.
 
Majlis bermula dengan Upacara Menaikkan Jalur Gemilang, bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara dan diikuti dengan Ucapan oleh TYT Dato’ Raja Reza sebelum para tetamu menjamu selera. Pelbagai juadah tradisi Malaysia dihidangkan yang mana telah disediakan oleh ahli Keluarga Malaysia di negara ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back