Mission News

UPACARA PERBARISAN KEPULANGAN KONTINJEN BRUNEI DALAM MALBATT 850-8 DARI MISI UNIFIL

21 December 2021 1 views

TYT Dato’ Raja Reza Raja Zaib Shah pada 21 Disember 2021 menghadiri Upacara Perbarisan Kepulangan Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang mengikuti penugasan Malaysian Battalion (MALBATT 850-8) United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

 

Upacara yang berlangsung di Kementerian Pertahanan ini telah disempurnakan oleh Major Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB. Di dalam upacara ini, TYT Dato’ Raja Reza Raja Zaib Shah diberikan penghormatan untuk memeriksa barisan Kontinjen ABDB bagi MALBATT 850-8 yang terdiri daripada 30 orang anggota dan diketuai oleh Mejar Zulazri bin Gapor.

 

 
 
 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back