Mission News

Permohonan undi pos kategori 1B bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17

14 October 2025 1 views

Permohonan undi pos kategori 1B bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 telah dibuka mulai 13 Oktober 2025. Kelayakan permohonan undi pos ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

1) Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya Negeri Sabah; dan
2) Menetap di luar negara.

 

Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Pemilih yang layak dan berhasrat mengundi mestilah mendaftar akaun MySPR melalui https://myspr.spr.gov.my. Untuk maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi SPR https://spr.gov.my/permohonan-undi-pos-bagi-pilihan-raya-umum-pru-dewan-undangan-sabah-ke-17/
 

Share:
Link copied to clipboard
Back