Bermula 7 Mac 2025, anda boleh membuat permohonan undi pos bagi Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak. Permohonan akan ditutup pada 20 Mac 2025.
Sila rujuk langkah-langkah permohonan akaun baharu MySPR dan Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1B secara dalam talian melalui MySPR.
Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan permohonan undi pos dalam talian, sila berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia melalui hotline dan emel seperti tertera di bawah:
i. Hotline SPR : +603 88927080 (waktu Malaysia: 8.30 pagi – 11.30 malam)
ii. Emel : upup@spr.gov.my
iii. Sistem aduan: http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.


