







Pada 20 Ogos 2023, PYT Datin Paduka Siti Hajjar Adnin telah menghadiri Majlis Sambutan Merdeka Summer Picnic 2023 yang dianjurkan oleh Malaysian Association of Canada (MAC) di Simeon Park, Toronto. Seramai 200 rakyat Malaysia hadir memeriahkan majlis tersebut termasuklah Senator Victor Oh, Ahli Parlimen untuk ASEAN Canada Friendship Group dan Canada-Malaysia Parliamentary Friendship Group. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Markham-Unionville, Paul Chiang, Konsul Kehormat Malaysia di Toronto, Encik Henry Lee serta rakan-rakan rantau Asia Tenggara dan Kanada.
PYT Datin Paduka dalam ucapannya turut mengetengahkan tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysa, Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Beliau turut berkongsi maksud konsep Malaysia Madani selaras dengan dasar kepimipinan YAB Perdana Menteri yang menitikberatkan perpaduan dan peranan di kalangan rakyat Malaysia termasuklah yang bermastautin di luar negara seperti Kanada. PYT Datin Paduka juga berharap agar rakyat Malaysia di Kanada dapat mempromosi imej dan jenama Malaysia temasuklah destinasi pelancongan, budaya, bahasa dan gastronomi.