


Pada 3 Jun 2023, PYT Datin Paduka Siti Hajjar Adnin telah mengadakan majlis perpisahan bagi TYT Pengiran Haji Kamal Bashah Pengiran Haji Ahmad, Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Kanada, yang akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam setelah berkhidmat selama hampir 9 tahun di Kanada.
Majlis ini juga dihadiri kakitangan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Brunei Darussalam serta rakyat Malaysia yang berada di Ottawa.