Mission News

Program Mendampingi Rakyat Malaysia di Toronto bersama 10 orang wakil pelajar

29 April 2024 1 views

Pada 24 April 2024, seiring dengan pelaksanaan Program Mendampingi Rakyat Malaysia di luar negara, Kuasa Usaha Sementara (CDA a.i.) telah mengadakan pertemuan dengan 10 orang wakil pelajar Malaysia di Toronto.
Pertemuan rasmi ini merupakan yang pertama bagi CDA a.i. untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan para pelajar Malaysia. CDA a.i. turut berkongsi maklumat perkembangan terkini hubungan Malaysia-Kanada dan peranan Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia dalam memastikan keberadaan dan kebajikan mereka sepanjang berada di Kanada terjaga.
Turut hadir adalah Encik Henry Lee, Konsul Kerhomat Malaysia di Toronto.
Share:
Link copied to clipboard
Back